hayatiealias blogspot.com

MENCARI REDHA ALLAH

Wednesday 18 November 2015

Saya bermusafir di Melaka, dia berada entah di mana. 

Walaupun pertemuan melalui orang tengah, namun hubungan kami tetap gah. 
Walaupun dah lama tak berjumpa, saya yakin hubungan kami masih lagi terjaga.

Kerana hubungan ini di bina atas dasar cinta yang luar biasa, bukan yang biasa-biasa. Saya yakin, Allah pelihara dengan sebenar-benarnya.

Dia, mungkin Ainul Mardhiyah yang saya cari.^_^

Saya suka membaca status seseorang.
Mesejnya mudah tapi seringkali di salah erti.
Berkisar tentang kahwin,belajar dan pendakwah.

Siapa kata Islam memisahkan dunia dan akhirat?
Bukankah hendak berjaya di akhirat itu,
kita kena perform yang terbaik di dunia?

Dan ibadah di dalam Islam itu, bukan terpenjara dengan solat, al-quran, zikir semata-mata.Belajar juga ibadah.Bukan sekadar kiraan pointer semata -mata.

Nasib baik si dia meminta berfikiran positif.Tahniah kepada si dia yang berjaya menenangkan si komentar.^_^
 
 
 alhamdulilah dah selamat sampai di rumah,
baru smpai rumah terasa rindu kt shbt2 di rumah sewa
rindu nk gelak2.. rindu buat usrah, solat berjemaah,
mcm2 la.....mudh2han KAU permudhkn perjlnn kami disana 
tuk mengecapi nikmat kejayaan...bkn shj di dunia tp di akhirt.
ukhwah filllah...abadan abada amin ya rabbul alamin..=)
Top of Form
 huhuhuh ok dib..insyaAllah..kite jmpe ari selasa,,x sbr nk blaja blik nk tebus kekecewaan..mudah2han kite semua mumtaz..
Friday at 11:05am · Like
o    http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/369411_100000652603475_287893559_q.jpg

Miszz Mawar amin...:)
Friday at 11:07am · Unlike · http://static.ak.fbcdn.net/rsrc.php/v1/yw/r/drP8vlvSl_8.gif 1

jodoh..aku akan terus menantimu....

Satu hari seorang muslimin menegur seorang muslimat di sebuah restoran terkemuka  =P
Muslimin : “ eh banyak nya beli makanan..”  muslimin ini menegur
Muslimat: “aah tapi.. ni tuk adik2 bilik la” jwb muslimat,dlm hati “ eh, kenapa tiba-tiba dia tegur aku ni, oh..mungkin sebab saya satu kelas  dengan sahabatnya!”..kebetulan diatas meja tersebut  penuh dgn polisterin makanan si muslimat  tuk dihantar kekuanter bayaran..tetiba… “eh susah-susah je tolong  angkat  terima kasih ye” kata muslimat..   “em sama-sama”  jwb si muslimin.. si muslimat kebetulan teringin benar  mahu  memakan roti canai tetibe “ eh , dah beli makanan beli roti canai pulak ! ish.. ish…”  muslimin itu menyapa  bersama shbtnya “ tak de la ni semua untuk adik-adik bilik..” jwb muslimat dgn sopan, malu kalau dikatakan kuat makan sebenarnya si muslimat hnya mampu  tersenyum tawar, tapi ada sesuatu yang muslimat ini tersentuh..keikhlasan dan senyumannya..muslimat yakin benar  muslimin ni benar-benar ikhlas menegur dan membantu, lansung tidak ada niat yg tertentu, tah kenapa hati muslimat ini benar2 terusik.seusai disitu,perisitwa  tadi diceritakan kepada adik2 biliknya dgn penuh ‘excited’..excited benar  muslimat ini..kisah itu terus di biarkan berlalu..
 Selang dua hari kemudian  (Situasi final exam….)
“ ya Allah mcma mana aku boleh terbawa nota ni  masuk dewan peperiksaan ni“ getus si muslimat, lagi beberapa minit sahaja peperiksaan akan bermula,muslimat ini benar2 risau,,tetibe..  “eh,..ini muslimin hari tu !,kenapa dia mcm gelisah je !“ bisik si muslimat dalam hati smbil memerhati si muslimin mencari sesuatu didalam bagnya  tetibe “ boleh pinjam pensel tak? ..” Tanya si muslimin,ketika itu tinggal muslimin dan muslimat itu sahaja dikoridor ..yg pasti peperiksaan sudah bermula.. “ boleh-boleh” jawab muslimat , ya Allah !..biar betul si muslimin ni..kesian pun ada,  lantas muslimat ini mencapai pensel nya dan memberi kepada muslimin,dalam hati “ ya Allah mudah2han dia najah fil imtihan” si muslimat ini berdoa..
====================== 
Entah kenapa kedua-dua peristiwa itu benar-benar bersarang di fikiran muslimat  “ ye aku mahu  kenal siapa dia sebenar,tah kenapa hati muslimat ini teringin benar mengenali siapa muslimin itu, ye benar2 ingin tahu siapa dia..lantas muslimat ini memberanikan diri  meng add di  facebooknya..tapi tah kenapa  muslimat ni berasa malu.hatinya.berdebar-debar tatkala  mahu menekan  “ friend request”  dinyatakan hasratnya kepada “ geng” muslimatnya.. “ala akk ni add jela” . “ ala akk malula ” jwb si muslimat.. “akk nk pinjam laptop boleh ”..em??..muslimat tu kehairanan “ ok dah add dia dah apa susah hahahaha”  geng muslimat memulangkan laptop si muslimat smbil ketawa ..  “ aduh malunya kalau dia tak approve macam mana?…”  getus  si muslimat..keesokan harinya si muslimat mencari nama si muslimin ni.. “ eh, dah approve  alhamdulilah..!” muslimat itu menyoroti setiap status2nya , paling melucukan DPnya  tidak mempunyai gambar… “subhanallah..!” itu yang terpancul di mulut muslimat itu.. dia seorang lelaki yang mempunyai misi dan visi..dia bukan laki sembarangan..benar pakaian tidak semestinya melambangkan keimanan..muslimin ini seorang yang sangat ‘sempoi’ hanya ber tshirt dan berseluar jin..tapi dia seorang anak muda yang mempunyai semangat juang yang tinggi...dia sangat mencintai bumi palestin..”ya Allah ini lah putera idaman yang aku cari, aku telah jumpa !..tapi…arhh mesti muslimin ni sudah berpunya..mustahil  lelaki sepertinya tidak ada yang punya..walau pun status fbnya jarang menceritakan perihal jodoh mahu pun ‘memuja’ wanita lain.. tapi…em..si muslimat ni hnya mampu memendam rasa..blog dan statusnya menjadi pengubat di hatinya.. hasratnya ingin mengenalinya lebih dari itu dipendamkan..muslimat merasakan dirinya benar-benar  tidak layak..pasti ramai ‘muslimat’ diluar sana yg ‘ beratur’ cuba menawan hati si muslimin ni..lagi pun muslimat ini tidak cantik..tak pela.. “ baik aku pendamkan aje”..kata muslimat dlm hati..
================
“ em adik.. bgtahu kepada muslimin ni..tak payah la dia pulangkan pensel tu..cakap kat dia salam uhkwahfillah” adik yg dimaksudkan merupakan sahabt baik muslimin.mereka sudah rapat seperti adik beradik..lagi  pun adik ini  sudah menggangap si muslimat ini seperti kakaknya..sbnrnya  ‘adik’ ini pernah menceritakan kisah muslimin ini.. kisah nya ada seorang muslimat ini  sangat meminati  muslimin ni.tapi si muslimin ni menolak cinta si muslimat itu sambil memberi kan sebuah lagu ‘ Lelaki Seperti  Itu’  dari Alif Satar , ( dalam hati  cuma berkata huh sampai hati dia)..cerita tentang si dia hanya seperti angin lalu  “ ok kak nanti saya sampaikan salam tu” jawab si adik “tapi kan kak, muslimin ni tengah mencari bakal isteri, dia dh penat bercinta”…bgatau si adik lagi..apabila geng2 muslimat terdengar maka agak kecohlah.. “ apa lagi akk..akk pun single dia pun single..ok sesangat..!.. kitaorang nak yang terbaik buat akk,kami nak tengok akk bahagia..” kata geng2 muslimat.. “ amboi  korang suka-suka je kan ..” sebenarnya  dalam hati muslimat ini sudah berbunga –bunga.. rentetan dari peristiwa itu geng muslimat dan adik sering mengusik si muslimat, namanya tiap-tiap hari di sebut..muslimat ni hanya tersenyum..tapi dalam hati..hanya Allah yang tahu.muslimat itu hanya mendiamkan diri..
Satu hari muslimat ni menghantar sms kepada adiknya  berbunyi “ adik..adik betul-betul ke nak kenalkan kan akk dgn dia ?..lagi pun akk pernah putus cinta,,fobia la rasanya, lagi pun malulah dia adik asyik usik diala betullah kak..kalau korang ada jodoh apa salahnya..kalau ada jodoh tak ke mana lagi pun dia ni cool je..gelak2 je dgn saya,ala  tak de apa la kak”  jawab si adik.


###############################################
  Cuti semester sudah bermula..masing-masing sudah pulang ke kampung halaman  masing-masing termasuk si muslimin dan muslimat ini.. sepanjang cuti, muslimat mempunyai  satu hobi yang baru..melayari internet.. rajin berfacebook, dan yang paling penting,membaca blog si muslimin ni..pantang ada waktu terluang,entah kenapa blog muslimin tu menjadi ‘santapan’ harian..bait-bait kata yang diucapkan benar-benar menyentuh hati muslimat ini,terbit rasa kagum dihati muslimat ni,apatah lagi melihat bakat penulisannya tidak ubah seperti gaya penulisan  Hilal Asyraf, dalam diam-diam muslimat ini telah menjadi ‘peminatnya’..sekejap ketawa ,sekejap menangis, membaca blognya,  bagi muslimat ini , dia dapat merasakan ‘ putera idamannya’ itu seorang  abang yang penyayang, lebih2 kepada ahli keluarganya, terutama ibu dan bapanya..muslimat ini terperasan ada gambar2 dia bersama keluarganya..entah kenapa hati muslimat ini benar2 terasa dekat .. benar muslimat ini sudah jatuh cinta !..sudah 3 tahun muslimat ini menutup ruang hatinya untuk lelaki..sikit pun tidak dibukanya..muslimat ni sudah fobia untuk mencintai mana-mana lelaki..cukuplah dia pernah terluka, di mana lelaki yang dikenalinya dulu telah permainkan hatinya..benar hubungan yang dibina hampir 4 tahun berkecai di tengah jalan..
Sebenarnya sepanjang cuti semester itu,ada muslimin lain yang menaruh hati kepada muslimat itu, si A ni mula menyukai muslimat ni ketika pertama kali berkenalan  di kompleks belia dan sukan,si A nila yang membantu muslimat memungah barang-barang ice blandednya ke dalam kereta muslimat ..sebelum menyambung pengajian,muslimat ni  sebenarnya bercita-cita mahu  menjadi usahwan yang berjaya,dan dia juga mahu menjadi  seorang murabbi. Walau pun hanya  guru sementara si muslimat ni telah merantau banyak sekolah. Lansung tidak terlintas di hatinya untuk menyambung pengajian lagi,sehingglah ibu dan ayahnya benar-benar mahu muslimat ini berjaya ke menara gading, muslimat ini turutkan hasrat ibu dan ayah, muslimat ini sudah mula jatuh hati pada pekerjaannya, di smping itu dia mahu menjadi seorang usahawan yg berjaya dan juga seorang  murabbi.  Si A benar2 menyukai muslimat, dan telah meluahkan hasrat ingin menjadikan muslimat ni teman hidupnya.. ya Allah, muslimat ni hanya menggangap dia tidak lebih seorang kawan, benar muslimat ini bnyak membantu si A untuk mendalami ilmu agama. Tapi cukup hanya sekadar kawan biasa, muslimat ini berterus terang, dia tidak mahu lelaki itu berharap, apatah lagi akan terluka “ maafkan aku…aku  sukakan orang lain” jawab muslimat dan memberi alasan kenapa dia menolak,hatinya sudah terpaut pada muslimin itu. Hancur luluh hati siA , muslimat itu pun memberitahu siapa lelaki yang dia harapkan,tujuannya ialah supaya si A tidak menaruh harapan yang tinggi, muslimat itu perlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya ke jalan Allah..


######### ####
Tiba-tiba  sms si muslimat ini berbunyi, salah seorang  geng muslimat ingin mengadakan kenduri doa selamat untuk rumah sewanya yang bakal mereka diami nanti, “ akak  jangan lupa datang tau, bawalah apa yang  patut” kata geng muslimat “ ok nnti akk bawakan ayam kari,” jawab muslimat..kedatangan muslimat ni di rumah sewanya telah disambut oleh rakan2nya..penuh kegirangan, sepanjang menyiapkan lauk pauk kenduri,geng-geng muslimat tidak henti-henti ketawa, bersms dan  tersenyum-senyum.. “ korang ni kenapa ye..lain macam je” Tanya muslimat “ eh tak de apa2lah.. “ jawab geng muslimat” sambil tersenyum-senyum.  “ Baik korang terus terang, akk dapat rasakan  korang semua ni  macam ada agenda lain”  bentak si muslimat,hati muslimat ini seolah-olah  dapat meneka sesuatu            “ hehehe akk tunggu jelah ye..”  jawab si geng muslimat ni. “Jangan ..jangan… ish, tak kot.”. getus muslimat dalam hati. “ akk dia dah datang !....cepatlah keluar, dia ada kat depan ni,” jerit geng-geng muslimat. “ ish tak nak la,malu.., tak pe korang je la yang pergi tengok” entah kenapa hati muslimat ini betul-betul rasa berdebar, jantungnya berdegup kencang, “ ya Allah indahnya percaturan Mu, indahnya perancanganMu, terima kasih ya Allah, kau mendengar suara hati ni,”  
 sebenarnya muslimat ini benar-benar rindukan muslimin ni,muslimat ini sempat  melihat muslimin ini  dari jauh..lucu,kepalanya botak, ada kisah disebaliknya, si muslimin ni telah bernazar akan membotakkan kepalanya  jika pointernya mencapai anugerah dekan. Ya muslimin ini telah tepati.  “ em akak, dia dah nak balik ni,bungkuskanlah lauk  pauk ini untuk dia, “ ok” jawab si muslimat. Entah kenapa jari jemari si muslimat ini terketar-ketar  tatkala membungkus lauk untuknya, hatinya tidak henti-henti berzikir, supaya Allah memberikan kekuatan untuknya. “ akak dah siap ke ?”, nanti dah bungkus akak sendirilah bagi dekat dia ok” kata geng muslimat. “ ish taknaklah, akk malu, ala koranglah yang bagi ea..tolonglah akk rayu sangat, akk segan la nak bagi kat dia” rayu si muslimat dengan penuh harapan. “ sorry kiteorang ada kerja lain nak siapkan, bye..bye” sambil  melambai tangan ke arahnya . “ grrrrrrrrrrr sampai  hatikan korang, ya Allah macammana ni..” malu benar si muslimat ini. Si muslimat ini melangkah kakinya menuju kearah muslimin yang sedia menunggu, tidak pasti, menuggu rakannya atau menunggu lauk pauk ini,entahlah. Terjadi  perbualan di antara mereka. “ eh , ingatkan tak da tadi..! ?”Tanya muslimin.aduh tak kan muslimin ni tak perasan kot, ke saja-saja buat tak perasan  ish..ish.. “ nah ambik la lauk ni”..sambil muslimat menghulurkan lauk pauknya ke arah muslimin. Bergetar tangan muslimat, entah dia perasan,entah tidak. “ banyaknya..!” kata muslimin dengan nada yang terkejut. “ kalau banyak bagilah kat pakcik gurd hehehe !...” gurau si muslimat. Geng-geng muslimat hanya memerhati dari jauh. Sambil ketawakan.. “ jahatnya korang.” Bisik di dalam hati. Sedang mereka sibuk mengemaskan rumah usai kenduri..tiba-tiba .. “ ya Allah, akk lupa nak bagi nasi kat dia, cuba korang telefon dia , dia ada dekat mana,kesian pula,lauknya ada,nasi pula takda..” muslimat ni betul2 diserang rasa bersalah dan tidak henti-henti menyalahkan diri  atas kelalaianya.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Semenjak itu  hati muslimat ini benar-benar berbunga-bunga, belum  pernah dia merasakan begitu, tapi ada suatu perkara yang merisaukan si muslimat ini, adakah muslimin ini merasai seperti apa yang dia rasakan. Atau pun adakah si muslimat ini hanya bertepuk sebelah tangan. Tiba-tiba, muslimat ini di kejutkan dengan status  facebook si dia yang berbunyi begini….
Saya bermusafir di Melaka, dia berada entah di mana. 

Walaupun pertemuan melalui orang tengah, namun hubungan kami tetap gah. 
Walaupun dah lama tak berjumpa, saya yakin hubungan kami masih lagi terjaga.

Kerana hubungan ini di bina atas dasar cinta yang luar biasa, bukan yang biasa-biasa. Saya yakin, Allah pelihara dengan sebenar-benarnya.
Dia, mungkin Ainul Mardhiyah yang saya cari.^_^
 
Saya suka membaca status seseorang.
Mesejnya mudah tapi seringkali di salah erti.
Berkisar tentang kahwin,belajar dan pendakwah.

Siapa kata Islam memisahkan dunia dan akhirat?
Bukankah hendak berjaya di akhirat itu,
kita kena perform yang terbaik di dunia?

Dan ibadah di dalam Islam itu, bukan terpenjara dengan solat, al-quran, zikir semata-mata.Belajar juga ibadah.Bukan sekadar kiraan pointer semata -mata.

Nasib baik si dia meminta berfikiran positif.Tahniah kepada si dia yang berjaya menenangkan si komentar.^_^
  
Kebetulan pula  muslimat baru sahaja di updatekan statusnya yang berbunyi begini :

alhamdulilah dah selamat sampai di rumah,
baru smpai rumah terasa rindu kt shbt2 di rumah sewa
rindu nk gelak2.. rindu buat usrah, solat berjemaah,
mcm2 la.....mudh2han KAU permudhkn perjlnn kami disana
tuk mengecapi nikmat kejayaan...bkn shj di dunia tp di akhirt.
ukhwah filllah...abadan abada amin ya rabbul alamin..=)

Ya Allah..muslimat ini terkejut, kepada siapa status ni ditujukan, berkali-kali muslimat ini membaca, seolah-olah tidak percaya. “ bukan untuk aku, bukan untuk ku,mungkin orang lain, aku tidak layak untuknya, tapi jauh di sudut hati muslimat ini benar-benar berharap status ini ditujukan untuknya..sangat mengharap. Ye, sepanjang beronline di facebook, tidak pernah muslimat ini mengajak muslimin ini berchatting apatah lagi si muslimin, entah..muslimat ini takut..takut kalau ia tidak berbalas. Yang paling penting muslimat ini ingin menjaga ikhtilat dengannya walau pun di alam maya. Muslimat ini benar-benar mahu kan kepastian, mahukan pencerahan, tapi kepada siapa, empunya diri..tidak! muslimat ini sungguh malu, muslimat ini tetap mahu kan orang tengah.. “ adik cuba tengok status si muslimin ni untuk siapa? Akk mohon sangat, Cuma adik je yang boleh bantu akk, akk perlukan kepastian” pinta si muslimat dengan penuh harapan . Entah kenapa si adik lansung tidak memberi jawapan..hati muslimat ini benar-benar hampa. Status-status ini  harus di  “copy paste” kan. Geng-geng muslimat  telah memberi pandangan masing-masing, ada yang berkata begitu, ada yang berkata begini,ada yang berkata jangan terlalu berharap, mungkin status itu dituju kepada orang  lain,entah..muslimat ini benar2 berasa bingung, tapi jauh di sudut hati,muslimat ini yakin statusnya memang untuk dirinya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sesi pembelajaran sudah bermula, geng muslimat sudah berkobar-kobar mahu memulakan sesi pembelajaran, tiba-tiba… “ eh kelas pengajian Islam kita sama dengan si muslimin tu, bukan satu ye,tapi 3 kelas kita sama dengan dia.” Kata geng muslimat .. “ apa??...ish malunya,” tapi jauh disudut hati..muslimat ni berasa gembira. Sekali lagi, Allah seolah merencanakan sesuatu untuk muslimat ini. Sepanjang kelas bersama dengan dia, hati muslimat ini tidak henti2 berdebar, setiap kali kelas dengannnya muslimat ini akan berubah menjadi pasif ‘speechless ‘..sepanjang di kampus, muslimat dan muslimin ini tidak lagi bertegur, mungkin juga bersarang dengan rasa malu, entah lah, muslimat sebenarnya tidak tahu  dan tidak dapat meneka apa yang terbuku di hati muslimin, benar muslimat ini hanya mampu berserah kepada yang maha kuasa .apa2 pun  pelajaran harus di utamakan, tapi muslimat ini juga tidak mampu menolak fitrah semulajadi dari Illahi. Mendahulukan cinta atau pelajaran, muslimat ini benar2 takut kalau2 pisang berbuah dua kali.
Setiap kali mereka  bertembung, masing-masing pasti akan menundukkan  pandangan, tapi  entah kenapa kadang-kadang terlalu  “ sweet” muslimat ini benar-benar merasakan halawatul iman.
 Setiapa hari Lagu Ainul Mardhiah pasti akan diputarkan, telah menjadi halwa ditelinganya, jika benar ainul mardhiah yang dimaksudkan si muslimat ini ,itu adalah satu penghormatan buat dirinya,sungguh tidak layak jika disamakan dengan bidadari syurga, kerana muslimat ni masih banyak kekurangannya.

*****************************************
akk esok ni saya balik, ada program di sana, akk nak join tak ?” Tanya geng muslimat. “ akk rasa akk tak dapat   balik minggu ni banyak assignment” jawab muslimat. “ kalau tidak silap geng2 muslimin termasuk buah hati akk pun join jugak kot?..jom lah akk nanti kita boleh balik terus negeri Sembilan”. “ insyaAllah akk tak pasti lagi nnti akk bagikan jawapan ye..” jawab muslimat. Sebenarnya muslimat ini tidak mahu pergi ke sana semata-mata kerana dia, muslimat ini perlu memperbetulkan niat. Geng muslimat telah menelefon si muslimin “ kami geng-geng muslimat  akan follow” . Seperti apa yang di rancang, si muslimat telah membawa satu kereta, dan si muslimin telah bawah satu kereta. “ eh muslimin ni bawa kereta”.. pandai rupanya bawa kereta,alhmdulilah ..bisik muslimat dalam hati.  Sepanjang perjalanan hati muslimat ini tidak henti-henti berdebar, entah kenapa tangan muslimat seram sejuk tatkala memegang stering kereta, bukan muslimat ini tidak biasa drive kereta, entah kenapa kali ini perasaan nya cukup brbeza,mungkin kereta muslimin ini mengekorinya menjadikan dia tidak senag duduk..almaklumlah cinta hatinya.  Perjalanan yang dituju telah sampai kedestinasi. Masing-masing melakukan hal sendiri,geng muslimat mencari tempat duduknya,memang mereka  keluar bersama,tapi tidak sama tempt duduknya. Memang mereka gila-gila tapi mereka cukup menjaga ikhtilat. 
Tapi ada satu peristiwa yang menyentap hati si muslimat…putera idamannya tah kenapa cukup mesra berborak dengan sahabat karibnya.grrrrrr hati muslimat benar-benar sakit ..istighfar intighfar..bisik muslimat dalam hatinya..

 
Akan bersambung.....




Monday 23 March 2015

tak tau sejak bila suka benda craft.. bawalah saya pergi shoping saya kurang 'nafsu' beli kasut, handbag, baju2 atau sewaktu dengannya. tapi cuba bawak saya ke kedai craft huhuhu.. saya suka tgok benda yang comel2... tapi sejak akhir2 ni saya dah minat betul2  dengan barang2 craft ni.. pantang nmpak bnda comel mesti rasa nak beli.. saya try buat barang craft yang saya rasa simple dan mudah.. feel die memang best sangat dari makan domino's.. tak usah nak kate..apatah lagi apabila lihat hasil die.. mungkin tak comel di pandangan manusia, tapi comel pada pandangan saya.. hehe.. kalau kite tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya hehe.. memang buat craft ni tak kan kaya jadi jutawan,, tapi akan rasa puas.. rasa seronok dan bahagia gitu..nak2 lagi dapat feedback dari costumer yang buantan kita cantik.. itu yang sangat bahagia.. ok la.. nnti smbung balik daaaa

Wednesday 31 December 2014

semua berlaku atas izin yang maha ESA

Alhamdulilah atas nikmat dan kurnianya...
ALLAH telah mengizinkan jari jemari untuk menaip perkara-perkara yang akan membawa manfaat pada yang lain... Allahu Akbar sekarang kita sedang di uji dengan pelbagai perkara sepanjang tahun 2014.. banyak air mata dan tangisan yang sedang kita lihat..dengan bah baru-baru ini.. dan macam-macam kejadian yang menyedihkan dan menyayat hati telah berlaku.. mudah-mudahahn tahun 2015 ini..memberi sinar baru dan sinar bahagia buat kita ..Amin...